SEJARAH RINGKAS MA'AHAD AD-DIRASATIL ISLAMIYYAH

Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah yang dahulunya dikenali sebagai Madrasah Addiniyyah Lilbanat telah ditubuhkan pada tahun 1997. Ia diasaskan oleh Ustaz Hamzah dan Ustaz Mukmin yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Pada mulanya ia sekadar kelas Fardhu Ain untuk kanak-kanak yang hanya disertai oleh empat orang kanak-kanak perempuan dari dari kalangan anak-anak perempuan kakitangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling pada sebelah pagi  bertempat di kuarters Masjid Sri Petaling yang didiami oleh Ustaz Mukmin.

Setelah setahun, disebabkan kemasukan pelajar baru dari kalangan anak-anak perempuan penduduk  Kariah Sri Petaling. bilangan pelajar semakin bertambah dan kuarters yang terhad keluasannya tidak lagi sesuai untuk dijadikan kelas.

Oleh itu operasi pengajian telah dipindahkan ke rumah lain yang yang lebih selesa, ia disewa dengan sewaan sebanyak RM 1,500. Untuk menjelaskan sewa, bil air dan elektrik rumah ini maka yuran pengajian telah ditetapkan sebanyak Rm 150 untuk setiap orang pelajar yang ketika itu seramai 15 orang. Manakala Ustaz Hamzah beserta isterinya dan Ustaz Mukmin beserta isterinya, kesemua mereka itu telah memberi khidmat mengajar dengan percuma.

Memandangkan sambutan yang mengalakan dari ibu bapa dari Kariah Sri Petaling dan kawasan sekitarnya dan kesedaran kepada keperluan pengajian agama yang lebih mendalam, tersusun dan sistematik untuk pelajar perempuan. Maka Ustaz Hamzah, Ustaz Mukmin dan berberapa lagi ustaz-ustaz Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling yang perihatin telah merangka satu pengajian yang khusus untuk pelajar perempuan berpandukan Silibus Pengajian Islam Universiti Darul Uloom Deoband, India. Yang mana silibus ini telah terbukti berjaya melahirkan ramai ulama-ulama yang tersohor dari segi ilmu dan kerohanian. 

Pada masa itu, Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah adalah satu satunya insitusi pengajian agama yang menawarkan pengajian  untuk pelajar perempuan di Malaysia berpandukan Silibus Pengajian Islam Universiti Darul Uloom Deoband , bahkan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Pada permulaannya pihak Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah tidak menyediakan asrama penginapan, namum disebabkan permintaan yang tinggi untuk kemasukan pelajar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan dari luar negara seperti dari Singapura, Thailand, Brunei, Filipina, Indonesia,  Kemboja, Vietnam, China, Australia, Nigeria, Sri Lanka, India, Pakistan, Bangladesh, maka pihak Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah telah memutuskan untuk menyediakan asrama penginapan khusus untuk pelajar pelajar tersebut.

Dan pada bulan Mac tahun 2008 di atas permintaan ibu bapa pelajar, pihak Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah telah memulakan Pengajian Tahfiz Al-Quran untuk pelajar lelaki di premis No 64, Jalan 5/149J Bandar Baru Sri Petaling yang kemudiannya telah dipindahkan ke Surau Sri Petaling Jalan Pasai.

 

 

VISI & MISI MA'AHAD AD-DIRASATIL ISLAMIYYAH

 

Visi Ma'ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah

الحافظة العالمة الصالحة الداعية

Hafizah, Alimah, Solehah, Daiyyah

 

 

Visi Ma'ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah

تخريج العلماء الدعاة المهرة المبرزة الأتقياء القادر على بناء الأمة تقديما و تطورا

Melahirkan Ulama', Daie yang berketerampilan, berwibawa dan bertaqwa yang mampu.

 

 

 

 

Events

Tahlil

25-12-2019 To 25-12-2019

Main Stage

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

12-07-2020 To 31-12-2020

MADI

Bacaan Yasiin

07-02-2020 To 31-12-2020

MADI

Latest News