SESI PEMBELAJARAN ONLINE SEPANJANG TEMPOH PKP

 

 

 

 

Sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan PKP pada 18 Mac 2020 yang lalu, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembelajaran online dari rumah. Kelas atas talian dilakukan dengan pelbagai apps bantuan (ZOOM, Google Classroom, Google Meet, Edmodo, Whatsapp Group dsbg) - di eksperimentasi oleh warga pendidik. Dan apabila perintah PKP dilanjutkan hingga ke 14 April, usaha ini diteruskan dengan sedikit penambahbaikan di mana pihak sekolah merasakan perlunya merangka jadual pembelajaran online yang lebih tersusun dan bersepadu supaya tiada matapelajaran yang tercicir dan anak-anak pula tidak dibebankan dengan tugasan yang berlebihan/ di luar kemampuan.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik dalam melaksanakan pembelajaran secara maya ini seperti tiada liputan WIFI, kekangan alatan seperti laptop dan gajet smartphone, tidak terkecuali gangguan isi rumah dan sebagainya. Namun sehingga minggu ke 3 PKP ini, kami percaya guru-guru dan pelajar telah semakin stabil dan selesa dengan method yang digunakan untuk sesi PdP.

Terima kasih MADI ucapkan di atas usaha dan komitmen guru-guru serta ibubapa yang bersama-sama memantau pembelajaran anak-anak di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Sama-samalah kita berdoa agar wabak COVID-19 ini akan segera berakhir dan anak-anak dapat kembali semula ke sekolah seperti biasa. InsyaAllah.

Di sini kami kongsikan aktiviti-aktiviti “online class” yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rangkaian MADI. Ibubapa juga boleh melayari FB, Portal atau mana-mana saluran hebahan sekolah anak masing-masing untuk melihat sebarang makluman atau perkongsian terkini.

#stayathome

Events

Tahlil

25-12-2019 To 25-12-2019

Main Stage

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

12-07-2020 To 31-12-2020

MADI

Bacaan Yasiin

07-02-2020 To 31-12-2020

MADI

Latest News