ALIM
SYAHADAH
TAHFIZ
Sejarah Ma'ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah
Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah yang dahulunya dikenali sebagai Madrasah Addiniyyah Lilbanat telah ditubuhkan pada tahun 1997. Ia diasaskan oleh Ustaz Hamzah dan Ustaz Mukmin yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Pada mulanya ia sekadar kelas Fardhu Ain untuk kanak-kanak yang hanya disertai oleh empat orang kanak-kanak perempuan dari dari kalangan anak-anak perempuan kakitangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling pada sebelah pagi bertempat di kuarters Masjid Sri Petaling yang didiami oleh Ustaz Mukmin.
PENDAFTARAN
Ma’ahad Ad-Dirasatil Islamiyyah menawarkan Pengajian Alim & Tahfiz kepada pelajar lelaki & wanita dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa. Silibus yang digunakan berpandukan silibus Pengajian Islam Universiti Darul Uloom Deoband India yang telah terbukti berjaya melahirkan ramai ulama-ulama tersohor di seluruh dunia.